My Add

Thursday 15 March 2012

Bangunkan sistem lebih futuristik

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN

PUTRAJAYA, RABU, 14 Mac, 2012: Laporan kajian menyeluruh sistem pendidikan kebangsaan oleh Panel Penilaian Sistem Pendidikan Negara dijangka diserahkan kepada Menteri Pelajaran beberapa bulan lagi.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, laporan panel itu akan tertumpu kepada soal pembangunan modal insan dan kemenjadian pelajar.

"Antara elemen yang diutamakan dalam laporan itu nanti adalah kemahiran generik, kemahiran komunikasi termasuklah bahasa serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Sesi perbincangan meja bulat juga dijangka diadakan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Program Ijazah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran kali ke-2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment