My Add

Tuesday 13 March 2012

Bantuan asing 'bantu' penularan LGBT

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Mac, 2012: Pihak berkuasa digesa memantau dengan teliti aktiviti bantuan asing ke atas parti politik tempatan kerana selain penyaluran dana, entiti kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa juga didapati 'mengeksport' nilai negatif seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling berkata, keadaan itu menjejaskan sistem politik tempatan dan berupaya meruntuhkan nilai agama serta kehidupan masyarakat.

"Amalan politik Malaysia yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan boleh terjejas dengan campur tangan asing dan ini adalah amat tidak sihat.

"Sepatutnya, pemimpin dan rakyat perlu menentukan sendiri nilai politik kita kerana apabila berlaku pergantungan kepada bantuan asing, mereka akan sentiasa mencari peluang mengeksport perkara lain termasuk LGBT yang semakin hangat diperkatakan di negara kita," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment