My Add

Sunday 11 March 2012

Bantuan JKM kepada 30,000 orang di Kelantan bukti prihatin

PASIR MAS, AHAD, 11 Mac, 2012 Kira-Kira 30,000 orang menerima pelbagai bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kelantan tahun lalu membabitkan peruntukan sebanyak RM8.45 juta dan ini membuktikan keprihatinan kerajaan pusat kepada negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sehubungan itu, dakwaan pembangkang bahawa kerajaan pusat menganaktirikan Kelantan selama ini jelas tidak benar dan sengaja diadakan bagi mencari publisiti murahan.

"Kerajaan Kelantan tahun lalu hanya membelanjakan kira-kira RM7.4 juta yang hanya membabitkan lebih 7,000 penerima sahaja. Peruntukan yang besar ini sekaligus membuktikan bahawa kerajaan pusat lebih berkebajikan berbanding kerajaan PAS Kelantan kerana peruntukan mereka bagi menjaga kebajikan rakyat hanya 10 peratus berbanding peruntukan yang disediakan JKM tahun lalu.

"Ini adalah contoh jelas bahawa kebajikan rakyat negeri ini, khususnya mereka yang miskin, sentiasa mendapat perhatian kerajaan pusat dan saya berharap rakyat Kelantan akan sentiasa menghargai sumbangan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir di Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment