My Add

Wednesday 14 March 2012

Bapa Dirang dibawa lihat jenazah kali terakhir

JOHOR BAHRU, RABU, 14 Mac, 2012: Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai bapa kandung kanak-kanak malang yang mati dibunuh sebelum mayatnya dibakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, dibawa ke rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menatap kali terakhir jenazah anaknya, hari ini. 

Lelaki yang berpakaian baju lokap dan bergari tiba di pekarangan rumah mayat HSA diiringi tiga anggota polis kira-kira jam 10 pagi dan terus di bawa masuk ke dalam bangunan berkenaan sebelum keluar 10 minit kemudian.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi perkarangan rumah mayat terbabit apabila ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, tiba bersama ibunya, Milnah Jul, 52, dan ahli keluarga lain kira jam 9.50 pagi bagi melihat kali terakhir jenazah anaknya.

Roselyn yang kemudiannya dibawa masuk ke dalam bangunan terbabit ditemani ibunya berada di situ kira-kira 20 minit sebelum keluar dalam keadaan menangis

No comments:

Post a Comment