My Add

Saturday 3 March 2012

Bas henti-henti diteruskan di Kelantan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Rakyat negeri Kelantan akan terus dapat menggunakan perkhidmatan bas henti-henti berikutan termeterainya perjanjian antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Rabu lalu.

Perjanjian itu bertujuan mengagihkan dana sokongan bas henti-henti bernilai RM1.34 juta kepada pengendalinya bagi menampung kos operasi mereka.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pemberian dana tersebut membolehkan syarikat bas itu meneruskan operasi mereka biarpun di kawasan yang kurang menguntungkan.

Katanya, langkah itu sekali gus akan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan yang bergantung kepada perkhidmatan bas berkenaan.

"SPAD juga meneliti dan menimbangkan permohonan pengusaha bas lain dan perjanjian akan ditandatangani sekiranya mereka memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment