My Add

Friday 9 March 2012

Batal SBPA elak manipulasi

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA

KUANTAN, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Pembatalan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kira pandangan dan rasa tidak puas hati penjawat awam terhadap skim tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembatalan itu juga bagi mengelakkan tindakan pihak tertentu daripada terus memanipulasi mengenai SBPA.

"Semakan SBPA sebelum ini mengambil kira kategori penjawat awam yang berpendapatan rendah yang mana mereka harus diberi kenaikan gaji dan pada hemat saya Perdana Menteri amat prihatin dalam perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja bersama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di Kem 4 Briged (Mekanize), Kem Batu 10, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment