My Add

Friday 9 March 2012

Bekalan air 850,000 pengguna terganggu

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 Mac, 012: Banjir kilat yang melanda sebahagian Lembah Klang semalam turut mengakibatkan gangguan bekalan air di daerah Gombak, Hulu Langat dan Kuala Lumpur, yang dijangka berlaku selama empat hari mulai hari ini dan dianggarkan melibatkan lebih 850,000 pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ruslan Hassan berkata, ini kerana kejadian banjir itu telah menjejaskan operasi dua buah loji rawatan air (LRA) iaitu LRA Ampang Intake dan LRA Sungai Langat.

Katanya, dalam kejadian pertama, Syabas dimaklumkan oleh pihak pengendali LRA Ampang Intake iaitu Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) bahawa pihaknya terpaksa menghentikan sementara operasi LRA tersebut pada pukul 7.30 malam tadi ekoran kejadian hujan lebat dan lumpur yang membanjiri floc tank serta slow sand filters di LRA tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment