My Add

Wednesday 7 March 2012

Bekalan air: Sejuta penduduk terjejas

Oleh syukri shaari

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Mac, 2012: Kira-kira sejuta penduduk di ibu kota dan Selangor akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 dan 15 Mac ini berikutan pemberhentian tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Satu.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, sebanyak 153 kawasan di lima wilayah termasuk Klang, Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat akan terjejas pada tarikh berkenaan.

Katanya, kawasan-kawasan penting seperti Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang dan hospital juga dijangka terjejas.

"Syabas telah dimaklumkan oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor bahawa pemberhentian sementara tugas loji rawatan berkenaan perlu dijalankan segera sebagai persediaan awal sebelum kerja-kerja penambahbaikan pam air bersih dilaksanakan. =  UTUSAN

No comments:

Post a Comment