My Add

Sunday 11 March 2012

Bekas askar terima imbuhan khas

ZAHID Hamidi menunjukkan Pingat Jasa Malaysia yang diterima oleh bekas Rejimen Askar Melayu Diraja, Ujang Morbin sambil diperhatikan oleh Datuk Zulkiflee Mazlan (kanan) di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

KUALA LUMPUR, SABTU, 10 Mac, 2012: Kira-kira 62,000 sehingga 80,000 bekas pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen dijangka menerima imbuhan khas dalam masa terdekat bagi menjamin kebajikan mereka.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemberian imbuhan khas tersebut adalah lanjutan daripada keluhan golongan tersebut yang menghubunginya bagi mengutarakan pelbagai masalah dihadapi.

Katanya, ia termasuk para veteran ATM berkhidmat di bawah pentadbiran British di Tanah Melayu dahulu.

‘‘Perkara ini sedang dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, malah saya akan jumpa beliau hari ini, " katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment