My Add

Tuesday 20 March 2012

Bekas tentera sebabkan kematian nenek dipenjara 19 tahun

KUALA TERENGGANU, SELASAA, 20 Mac, 2012: Seorang bekas anggota tentera dikenakan hukuman penjara 19 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian neneknya tiga tahun lalu. 

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memerintahkan hukuman terhadap Mohd Nassir Abdul Manan, 45, berjalan dari tarikh dia ditangkap pada 13 Oktober 2009.

Mohd Nassir, yang juga bekerja sebagai buruh binaan rumah selepas berkhidmat 13 tahun dalam tentera, mengaku melakukan perbuatan itu terhadap Muda Mat Zin yang berusia 80 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Jalan Baru, Bukit Pak Sabah, Dungun, antara jam 9 pagi dan 7.30 malam pada 12 Oktober 2009. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment