My Add

Wednesday 21 March 2012

West Coast Expressways terpilih berdasarkan rekod: PM

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Mac, 2012: Keputusan kerajaan memberi peluang kepada West Coast Expressways Sdn Bhd untuk melaksanakan projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dari Taiping ke Banting dibuat setelah mengambil kira usaha dan perbelanjaan syarikat berkenaan dalam melaksanakan projek sebelum ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata West Coast Expressways Sdn Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai Konsortium LPB Sdn Bhd adalah syarikat sama yang telah menandatangani perjanjian konsesi penswastaan projek lebuh raya itu pada 25 Mei 2007.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata IJM Corporation Berhad adalah syarikat yang mempunyai kepentingan terbesar dalam West Coast Expressways Sdn Bhd.

"Rekod IJM Corporation Berhad telah terbukti bukan sahaja dengan projek-projek dalam negara tetapi juga projek-projek di luar negara," katanya di Dewan Rakyat dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan). 

Najib berkata kos projek, tempoh konsesi dan terma perjanjian wajar dijelaskan setelah perjanjian konsesi berhubung pelaksanaan projek itu ditandatangani nanti. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment