My Add

Tuesday 20 March 2012

Beri sokongan padu pada calon BN yang dipilih: Shafie Afdal

PORT DICKSON, SELASA, 20 Mac, 2012: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, para anggota serta pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) mesti memberi sokongan penuh kepada calon yang dipilih bertanding pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Katanya, persoalan yang lebih penting adalah memberi kerjasama dan sokongan padu kepada calon dipilih bagi memastikan kemenangan dua pertiga BN pada pilihan raya umum nanti.

"Yang penting calon telah ditapis dan telah dipilih begitu rapi oleh pucuk pimpinan kita. Bila sampai waktunya kita beri sokongan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Rakyat Permatang Pasir, Linggi, dekat sini hari ini.

Turut hadir anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Taib, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, dan ADUN Bagan Pinang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang juga Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, menasihatkan anggota parti supaya bekerja keras dan tidak berasa selesa dengan keadaan semasa bagi memastikan parti menang besar. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment