My Add

Monday 5 March 2012

Berilah kepercayaan kepada calon BN

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 Mac, 2012: Pengundi di Parlimen Seputeh perlu memberi kepercayaan kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk mewakili mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusoff berkata, hanya BN yang mampu mentadbir kawasan Parlimen tersebut dengan cemerlang.

Menurut beliau, BN juga tidak pernah mengabaikan kebajikan masyarakat di Parlimen Seputeh walaupun majoriti pengundi memilih calon DAP, Teresa Kok pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Saya harap kesemua pengundi di Seputeh sedar bahawa tiada apa yang dapat dilakukan oleh Teresa bagi membantu mereka. Beliau cuma berminat untuk memancing undi sahaja.

"Berbeza dengan pembangkang, BN tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat, malah meletakkan ia sebagai satu keutamaan dalam setiap program yang dianjurkan," jelasnya selepas merasmikan Program Jom Servis Motor anjuran Pemuda BN Parlimen Seputeh di Taman Danau Desa di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment