My Add

Sunday 18 March 2012

Bertindak terhadap laman web hina Islam

HULU LANGAT, SABTU, 17 Mac, 2012: UMNO mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak tegas dalam bentuk undang-undang terhadap laman web, media sosial dan blog yang menghina Islam.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan serupa juga perlu dikenakan terhadap pihak yang mempromosi dan menggalakkan budaya lesbian, gay, biseksual dantransgender (LGBT) di negara ini melalui Internet.

Jelas beliau, kedua-dua perbuatan tersebut tidak boleh dibiarkan dan pihak berkaitan perlu mengambil tindakan segera dalam bentuk penguatkuasaan memandangkan perbuatan seumpama itu jelas mencemar kesucian Islam.

"Kita wajib mempertahankan Islam daripada dicemari oleh anasir anti-Islam seperti itu dan kita juga wajib mempertahankan Islam daripada anasir songsang," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment