My Add

Friday 9 March 2012

BN perlu fahamkan rakyat

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu lebih agresif dalam menyelami dan menjelaskan kepada rakyat mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam menyelesaikan masalah mereka.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, memahami kehendak dan memahamkan rakyat adalah perkara penting yang perlu ditekankan pemimpin masyarakat kerana ia dapat menarik kepercayaan rakyat.

Katanya, melalui program Aman Kampus yang dilakukan, pihaknya mendapati kebanyakan pemimpin masyarakat gagal untuk mengambil tindakan segera dalam menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.

“Kita faham bukan mudah untuk mengambil sesuatu jalan penyelesaian, jadi pemimpin harus turun dan memahamkan rakyat berkenaan dengan langkah yang bakal diambil kerana sekiranya rakyat keliru dengan tindakan kerajaan maka akan datang pihak tertentu untuk mengambil kesempatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment