My Add

Tuesday 13 March 2012

BN Selangor hulur bantuan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Mac, 2012: Barisan Nasional (BN) negeri Selangor hari ini menyalurkan bantuan berupa dapur memasak dan tong gas kepada 331 keluarga di kawasan Lembah Jaya Utara, Ampang yang terjejas teruk berikutan kejadian banjir buruk di kawasan itu Rabu lalu.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia merupakan bantuan peringkat pertama kepada mangsa-mangsa banjir terbabit.

"BN akan menggerakkan bancian terperinci untuk mengenal pasti mangsa-mangsa banjir di kawasan Ampang dan di Hulu Langat bagi memastikan tiada siapa pun yang tertinggal dalam menerima bantuan.

"Kita sampaikan bantuan dapur dan tong gas ini kepada mangsa di Ampang dahulu sebelum Hulu Langat dan kita tidak akan memilih bulu kerana bantuan ini berkonsep 1Malaysia, semua pihak berhak tanpa mengira fahaman politik," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment