My Add

Sunday 18 March 2012

Bocor dokumen sulit tak jejas FGVH

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR, SABTU, 17 Mac, 2012: Perbuatan pihak tertentu membocorkan dokumen sulit kepada pembangkang tidak menjejaskan proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, semua dokumen yang diperlukan untuk penyenaraian telah diserahkan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC).

''Bagaimanapun, kebocoran dokumen sulit tidak sepatutnya berlaku kerana ia menyalahi peraturan Felda dan Koperasi Permodalan Felda (KPF).

''Saya amat kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu kerana maklumat-maklumat yang masih belum diputuskan telah diputar-belit oleh pembangkang untuk kepentingan politik mereka," jelasnya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abd. Manap yang meminta Felda dan KPF menyiasat pihak yang membocorkan dokumen sulit berkaitan penyenaraian FGVH kepada pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment