My Add

Thursday 15 March 2012

Boleh lantik badan kutipan royalti

KUALA LUMPUR, RABU, 14 Mac, 2012: Penggiat industri seni dan karyawan di negara ini boleh melantik sendiri Badan Kutipan Royalti masing-masing selepas Akta Hakcipta 1987 (Pindaan 2010) dilaksanakan Jun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, para penggiat seni juga boleh mendapatkan maklumat mengenai bayaran royalti yang dikutip oleh badan yang dilantik.

"Antara syarat dan peraturan dalam pindaan ini adalah artis itu sendiri perlu melantik Badan Kutipan Royalti yang dikehendakinya bagi menguruskan segala urusan royalti.

"Kita minta badan yang mengutip royalti membuat perjanjian dengan artis terbabit sebelum urusan pengutipan dan pembayaran royalti itu dibuat termasuk menghantar laporan kepada kementerian.

"Pada masa sama, artis-artis ini juga mempunyai hak untuk meminta laporan secara terperinci tentang jumlah kutipan royalti yang telah dikutip dari semasa ke semasa. Apa yang penting adalah ketelusan dalam perkara ini," katanya kepada pemberita selepas sesi pertemuan berkaitan peraturan-peraturan di bawah Akta Hakcipta 1987 (Pindaan 2010) di sini, hari ini. UTUSAN

No comments:

Post a Comment