My Add

Friday 9 March 2012

BR1M: Pemimpin Pas Kelantan dianggap “bankrap politik"

BACHOK, JUMAAT, 09 Mac, 201: Pemimpin Pas Kelantan kini dalam keadaan terdesak dan “bankrap politik” kerana penduduk negeri itu menyambut baik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada kerajaan Pusat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, kenyataan oleh seorang pemimpin Pas negeri minggu lepas bahawa bantuan itu haram diterima tidak sepatutnya dibuat jika parti itu benar-benar berjuang untuk Islam.

"Ini bermakna hinaan itu ditujukan kepada mereka yang telah menerima BR1M, yang turut terdiri daripada penyokong Pas,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan lagu “Acu Terai Sepenggal DUN Tawang” sempena lawatan beliau ke peti kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang di Pantai Senok di sini hari ini.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata, pemimpin Pas sudah tiada modal untuk menarik rakyat Kelantan bagi terus menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

"Ini juga satu bukti Pas dalam keadaan semakin terdesak kerana BR1M diterima baik oleh rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment