My Add

Monday 19 March 2012

Bukan ancaman - Zahid

AHMAD Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan BR1M kepada penduduk di Sekolah Menengah Kebangsaan Rungkup, Bagan Datoh, Perak, semalam.

Oleh AINSAFRE BIDIN 

BAGAN DATOH, AHAD, 18 Mac, 2012: Langkah Indonesia melancarkan pelan besar-besaran untuk memodenkan persenjataannya tidak perlu dilihat sebagai satu ancaman kepada negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembelian senjata adalah perkara biasa kerana setiap negara mempunyai dasar pertahanan masing-masing.

"Indonesia adalah negara jiran dan sahabat kita. Pembelian senjata bukan satu tindakan yang sensitif kerana negara tersebut mempunyai ribuan pulau dan penduduk yang sangat ramai untuk dijaga.

"Bagi kita, negara-negara ASEAN tidak dianggap sebagai musuh dalam bidang pertahanan kerana kita mempunyai forum untuk berbincang mengenai hal ehwal pertahanan seperti Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan Forum Putrajaya," katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rungkup di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment