My Add

Friday 9 March 2012

Bukti kerajaan responsif - TPM

Oleh raja syahrir abu bakar

KUALA LUMPUR 8 Mac - Keputusan membatalkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) responsif terhadap kepentingan serta kemahuan para penjawat awam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira maklum balas jawatankuasa kerja khas mengkaji pelaksanaan SBPA serta Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mendapati ia perlu ditambah baik.

Kata beliau, ia membuktikan kerajaan berani serta telus untuk mengakui kelemahan sesuatu dasar serta mengambil kira pandangan para penjawat awam di setiap peringkat.

"Saya tidak fikir dari segi kerajaan kita salah, apabila kita lihat kelemahan dan (mengambil kira pandangan) pegawai kata kaji balik, kita kaji balik. Secara keseluruhan, semua pihak menyambut baik (pembatalan SBPA), bukan sahaja pihak dalam sektor perguruan.

No comments:

Post a Comment