My Add

Friday 23 March 2012

Calon BN Perak boleh digugur pada bila-bila masa: Zambry

IPOH, JUMAAT, 23 Mac, 2012: Calon yang dikenal pasti untuk mewakili Barisan Nasional (BN) Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) boleh digugurkan daripada senarai pada bila-bila masa jika penilaian berterusan mendapati mereka gagal mengekalkan reputasi baik di kalangan rakyat. 

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata dalam soal calon juga, tiada sesiapa perlu 'menjual' nama kononnya dirinya layak menjadi calon kerana mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau sendiri selaku Menteri Besar.

"Kita sudah ada senarai (calon) tetapi tidak mustahil sekiranya mereka yang dilihat berpotensi tetapi pada peringkat akhir, mereka dilihat tidak lagi berpotensi.

"PM sendiri sudah ingatkan bahawa pemilihan calon kali ini bukan disebabkan mereka yang ada hubungan rapat dengan beliau atau kawan lama dan sebagainya, tetapi lebih penting dari segi rakyat iaitu mereka yang disukai atau dianggap ada pertalian rapat dengan rakyat atau boleh menang serta setia kepada parti sebagai antara kriterianya," katanya. 

Beliau ditemui pemberita di majlis pertemuannya dengan warga perkhidmatan awam yang bertugas di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) serta meraikan hari ulang tahun ke-50 kelahirannya yang jatuh kelmarin di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment