My Add

Tuesday 6 March 2012

Calon tepat boleh pengaruhi kemenangan BN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 Mac, 2012: Calon yang tepat dan tumpuan kepada isu kritikal boleh menarik sokongan pengundi terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Veteran UMNO yang juga bekas Setiausaha Agung parti, Tan Sri Sabbaruddin Chik berpendapat, calon yang tepat juga mampu membuka peluang BN mengembalikan negeri-negeri yang kini dikuasai pembangkang.

"Antara kriteria yang perlu ada pada calon berkenaan ialah seorang yang komited dalam memperjuangkan hak bangsa, agama dan tanah air selain tidak mementingkan kepentingan peribadi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menerusi wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia semalam, yang menegaskan BN mempunyai kelebihan berbanding pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment