My Add

Tuesday 20 March 2012

Chong Wei tidak beraksi pusingan round robin Piala Axiata

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Mac, 2012: Datuk Lee Chong Wei terpaksa melepaskan peluang beraksi di pusingan awal Kejohanan Piala Axiata yang berlangsung Jumaat hingga Ahad ini di Stadium Badminton Cheras kerana masih menunggu keputusan ujian Magnetik Resonance Imaging (MRI) yang dijalankan pada bahu kanannya, hari ini.

Beliau yang menjalani ujian MRI di Hospital Pakar KPJ Damansara, di sini berkata keputusan ujian itu hanya akan diketahui esok.

"Buat masa saya tidak boleh memberi apa-apa komen mengenai peluang beraksi di pusingan awal Piala Axiata, saya perlu tunggu keputusan MRI daripada doktor esok. Minggu ini memang saya tidak boleh bermain untuk Piala Axiata.

"Apa pun saya tetap tunggu keputusan esok, sekarang ini pun saya hanya joging dan tidak membuat latihan badminton lagi,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Pemain perseorangan nombor satu dunia itu ditemani jurulatihnya, Tey Seu Bock untuk menjalani ujian MRI bagi menentukan tahap kecederaan bahu kanannya.

Chong Wei mengalami kecederaan tersebut di perlawanan akhir Kejohanan All England pada minggu lepas sehingga menyebabkan beliau terpaksa menarik diri dan memberi kemenangan kepada pemain China, Lin Dan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment