My Add

Tuesday 20 March 2012

Cukai 6% khidmat talian prabayar belum ada kelulusan

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Mac, 2012: Cadangan cukai perkhidmatan enam peratus dikenakan kepada pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar masih belum diputuskan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang menegaskan bahawa kementerian tidak pernah memberi arahan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengeluarkan memo kepada pembekal perkhidmatan selular untuk melaksanakan cukai perkhidmatan tersebut.

"Penetapan bahawa caj cukai perkhidmatan ini memang ditangguh seperti diumumkan tahun lepas.

"Kementerian tidak tahu mengapa laporan itu menyebut demikian... yang sebenarnya memang tidak ada arahan dan tidak ada keputusan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Saifudin Nasution Ismail (PKR-Machang).

Salang berkata, apabila ia melibatkan cukai perkhidmatan, rundingan perlu diadakan membabitkan kementerian, SKMM, pemberi perkhidmatan, Kementerian Kewangan dan Kastam Diraja Malaysia.

Beliau berkata, rundingan perlu diadakan sama ada perkhidmatan telekomunikasi akan dimasukkan sebagai perkhidmatan utiliti.

"Kalau ya, maka tak adalah cukai. Setakat ini memang belum ada keputusan. Memo yang disebut itu, sebagaimana dinafikan Pengerusi SKMM, maka setakat itulah yang benar,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment