My Add

Monday 5 March 2012

Daim sokong model ekonomi Najib

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 Mac, 2012: Tun Daim Zainuddin menyokong model ekonomi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana ia memberi Malaysia arah masa depan yang lebih baik. 

Bekas Menteri Kewangan dan penasihat ekonomi kerajaan itu berkata pembangunan ekonomi negara bergantung kepada bagaimana efisien penggunaan sumber, persaingan antara pekerja serta kepakaran pekerja dalam negara.

Malaysia mempunyai asas untuk menjadi ekonomi yang hebat kerana mempunyai tenaga kerja, sumber dan infrastruktur, institusi dan polisi yang fleksibel bagi menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

"Kita sepatutnya mempengaruhi masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan etnik untuk memaksimumkan kelebihan lokasi di Asia, rantau paling cepat berkembang di dunia," kata beliau dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan semalam . 

Selain itu, Daim berkata Malaysia adalah negara berpendapatan sederhana dan rakyat mempunyai kualiti hidup yang boleh dikatakan tinggi, bagaimanapun, cabaran bagi ekonomi Malaysia adalah berbeza berbanding pada ketika negara masih berpendapatan rendah. 

"Pelbagai strategi dan pelan telah disediakan untuk membawa Malaysia kepada peringkat pembangunan yang lebih tinggi. 

"Ekonomi Malaysia mempunyai kelebihan terutama dalam aktiviti berasaskan pengetahuan seperti teknologi maklumat dan komunikasi, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan, sektor kewangan, logistik dan pengangkutan.

"Sektor pembuatan dengan industri elektronik yang besar telah membangunkan tahap kecekapan pada paras yang baik dan kehadiran eksport yang kuat, seperti sektor pertanian terutama dalam industri minyak sawit adalah kompetitif," katanya. 

Menurut Mingguan Malaysia, berdasarkan laporan terkini Bank Pembangunan Asia, ekonomi Asia seperti China, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Thailand akan menanggung 45 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia menjelang 2050. 

Sementara itu, seluruh rantau Asia akan menanggung 51 peratus KDNK global pada 2050, malah nilai KDNK akan meningkat kepada US$148 trilion bagi seluruh rantau Asia.

No comments:

Post a Comment