My Add

Friday 16 March 2012

Dewan Rakyat kecoh isu tomyam

TAJUDDIN (kiri) bersama Salahuddin keluar dari Dewan Negara sambil berpelukan dan berpegangan tangan walaupun bertengkar sehingga menyebabkan persidangan ditangguhkan beberapa ketika.Pembangkang putar belit kritikan pembangunan ekonomi Kelantan

Laporan Meor Hisham Zulkifli, Zanariah Abdul Mutalib, Sophia Ahmad 

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Mac, 2012: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menjadi mangsa kecaman bertubi-tubi daripada pembangkang, semata-mata kerana tomyam.

Keadaan bertukar menjadi kecoh di Dewan Rakyat hari ini apabila Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) bangun menuduh Tajuddin menghina penduduk Kelantan.

Keadaan memuncak sehingga Tajuddin mencabar Salahuddin mengulangi kenyataannya di luar dewan terutama selepas wakil Pas itu menyentuh isu peribadi wakil Pasir Salak.

“Saya kata kerajaan Pas gagal wujud peluang ekonomi kepada rakyat Kelantan, bukan hina penjual tomyam Kelantan... Mereka terpaksa keluar negeri untuk jual tomyam,” kata Tajuddin berulang kali.

Tajuddin ketika itu sedang membahaskan Titah Diraja mendakwa pemimpin pembangkang itu sengaja memutar-belit fakta, selain cuba menyentuh hal peribadinya.

“Jangan nak belit-belit. Saya tak hina penjual tomyam, tetapi kerajaan Pas gagal (sediakan peluang pekerjaan). Kita nak menuju kepada pembangunan ekonomi kita. Kita dah buat. Pembangkang kata boleh buat lebih baik. Tapi mana?

“Apa yang kerajaan Kelantan dah buat selepas 22 tahun memerintah. Mana rancangan tanah seperti FELDA,” katanya. 

Salahuddin kemudian berulang kali meminta Tajuddin menarik balik kenyataan itu.

“Jangan hina orang Melayu berniaga tomyam. Harta dia halal. Jangan hina orang Kelantan,” katanya. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment