My Add

Tuesday 13 March 2012

Dewan Rakyat tolak bincang usul NFC

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Mac, 2012: Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan pembangkang bagi bincangkan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) kerana ia sudah menjadi kes mahkamah.

Keputusan itu dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di sini, pagi ini.

Semalam, Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat tuduhan berasingan melakukan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan menggunakan harta syarikat itu tanpa kebenaran tiga tahun lalu.

Pandikar Amin berkata, usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin itu akan menganggu proses mahkamah sekiranya dibenar untuk dibahaskan.

Bagaimanapun keputusan itu dipertikaikan Zuraida kerana beliau berpendapat isu itu membabitkan wang rakyat

No comments:

Post a Comment