My Add

Thursday 15 March 2012

DRB-Hicom akan kaji dengan teliti operasi Lotus - MD

SHAH ALAM, RABU, 14 Mac, 2012: DRB-HICOM Bhd. akan mengkaji semula dengan teliti operasi Lotus Group sebelum membuat sebarang keputusan, kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil.

"Selepas ini, kami akan berada di kedudukan untuk menilai situasi di Lotus untuk mengambil langkah seterusnya — sama ada ia akan kekal di bawah kumpulan atau dijual,” katanya selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham bagi pembelian 42.74 peratus pegangan dalam Proton Holdings Bhd.

Menurut beliau, EGM hari ini menyediakan landasan bagi syarikat itu untuk menjalankan kajian semula dengan teliti operasi Proton, termasuk Lotus.

"Mungkin akan ada perubahan dalam pengurusan atau gaya dalam pendekatan atau ia mungkin dijual tetapi itu bergantung kepada hasil daripada kajian semula itu,” katanya.

Tambah beliau, DRB-HICOM bersikap terbuka dalam perkara itu dan mahukan yang terbaik bagi Proton.

Menurutnya, terdapat spekulasi bagi Lotus dan DRB-HICOM perlu berlaku adil kepada Proton dan Lotus dalam memastikan ia dilaksanakan mengikut apa yang dirancang dan telah diluluskan oleh lembaga.

"Saya tidak menyatakan kami akan menjual (Lotus). Ada banyak opsyen, kami boleh percepatkan pertumbuhan atau kami boleh menukar pengurusan atau mengukuhkannya.

Jelas beliau, pelan transformasi DRB-HICOM bagi Proton juga akan mengambil pertimbangan daripada Proton. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment