My Add

Wednesday 14 March 2012

DRB-Hicom umum pengurusan baru Proton 2 minggu lagi

SHAH ALAM, RABU, 14 Mac, 2012: DRB-Hicom Bhd akan mengumumkan pasukan pengurusan baru Proton Holdings Bhd, pengeluar kereta nasional, dalam masa dua minggu lagi, kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Mohd Khamil Jamil hari ini.

"Akan terdapat penambahbaikan kepada pengurusan. Mungkin terdapat muka baru, saya tidak menolak kemungkinan itu dan mungkin orang lama.

"Sentiasa terdapat campuran yang lama dan baru (muka) untuk kesinambungan serta bagi menyediakan idea dan bakat baru,” kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa DRB-Hicom bagi mendapatkan kelulusan pemegang saham bagi 42.74 peratus pembelian pegangan dalam Proton Holdings Bhd.

Mohd Khamil berkata, DRB-Hicom mempunyai beberapa proses seperti jawatankuasa pencalonan dan jawatankuasa ganjaran bagi pelantikan ini.

"Pada masa ini, saya masih belum mengemukakan kepada Lembaga Pengarah DRB-Hicom calon-calon yang akan atau mungkin menerajui atau membantu dalam menerajui Proton. Saya menunggu EGM ini selesai.

"Sekarang ini, setelah pemegang saham bersetuju dengan rancangan kami dan mereka meluluskan pemerolehan Proton, saya telah mempunyai idea siapa yang akan ke sana,” kata Mohd Khamil. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment