My Add

Friday 23 March 2012

Empat pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah, bapa


EMPAT pelajar kolej swasta diiring pegawai polis di Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas menghadapi pertuduhan membunuh seorang pensyarah wanita dan bapanya di kediaman mangsa di Taman Kinrara 1, Puchong pada awal bulan ini. klik untuk berita lanjut - Foto Iqmal Haqim Rosman

PETALING JAYA. JUMAAT, 23 Mac, 201: Empat pelajar kolej swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang pensyarah dan bapanya.

Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20; Mohamad Sharafe Matt Noh, 19; Azizi Aizat Ibrahim, 20; dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu terhadap Zara Eleena Omar Peter, 23, di rumah nombor 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, kira-kira 1.30 pagi hingga 2.30 pagi pada 9 Mac lalu.

Mereka juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Omar Peter Abdullah, 56, di tempat yang sama pada kira-kira 11.30 malam, 8 Mac hingga 1.30 pagi, 9 Mac.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 23 April untuk sebutan sebelum kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment