My Add

Tuesday 13 March 2012

Facebook LGBT laman sembang seks

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Mac, 2012: Selain menjadi tempat berkenalan, pengikut kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini secara terang-terangan menjadikan laman sosial sebagai platform untuk mendapatkan hubungan seks sejenis.

Tinjauan susulan Utusan Malaysia hari ini menemui beberapa lagi kumpulan sosial di Facebook yang mempromosikan amalan seks songsang di negara ini.

Antaranya adalah Malaysia Lesbian Club, Persatuan Lesbian Kebangsaan Malaysia, Persatuan Lelaki Lesbian dan Perempuan Gay SeMalaysia, Malaysia Lesbian, Lesbian Malaysia@Indon dan Malaysian Support Gay, Lesbian, Transexual and Bisexual.

Di dalam kumpulan yang mempunyai lebih 3,000 ahli itu ada yang tanpa segan-silu menjadikan laman sosial itu sebagai tempat menulis komen dan status yang berupa ajakan seks. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment