My Add

Tuesday 6 March 2012

Fahami program pembangunan, tolak janji pembangkang

KLUANG, SELASA, 06 Mac, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat supaya benar-benar memahami program pembangunan yang dirancang kerajaan supaya mereka dapat membantu memajukan negara, sekali gus bagi menolak janji manis pakatan pembangkang.

Muhyiddin berkata, walaupun pembangunan negara berjalan lancar, namun, ia belum lagi memadai untuk memberikan hasil yang melimpah ruah kepada rakyat.

"Walaupun pertumbuhan negara meningkat tetapi kita tidak boleh berpuas hati.

Sebab itu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengambil inisiatif memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan sebagainya kerana hendak mengatur hala tuju baru yang hasilnya akan memberikan manfaat kepada rakyat.

"Sebab itu kita hendak rakyat faham, lihat terperinci dan bandingkan dengan janji pembangkang. Kita mahu rakyat tahu sokong Barisan Nasional bukan silap tetapi tepat,” katanya berucap pada program Jalinan Mesra Rakyat, dekat Machap, hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment