My Add

Thursday 22 March 2012

Felda tidak pernah eksport barang ke Israel

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Mac, 2012; Kumpulan Felda tidak pernah mengeksport mana-mana produk ke Israel menerusi anak-anak syarikatnya termasuk Felda-Iffco Sdn. Bhd. (FISB), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini.

Beliau berkata, FISB hanya membuat penghantaran ke Palestin pada 2010 dan 2011 bagi memenuhi pesanan untuk pasaran tempatan dengan menggunakan pelabuhan Ashdod di Israel, kerana tidak mempunyai saluran penghantaran lain.

"Semua produk itu yang terdiri daripada minyak pukal dan lelemak adalah untuk dihantar ke Palestin,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Beliau mengulas dakwaan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat yang mendakwa Felda mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel.

Ahmad menjelaskan FISB mula membuat penghantaran ke Palestin pada Mac 2010 manakala penghantaran terakhir dilakukan pada 9 Disember 2011 dengan nilai dagangan sekitar RM30 juta.

Menurutnya invois bertarikh 7 Januari 2012 jelas menunjukkan bahawa FISB telah membuat penghantaran dengan menggunakan kapal Gallia V.1201 ke alamat, Ajjawi Commercial Stores Company, Jenin-Palestin melalui pelabuhan Ashdod. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment