PETALING JAYA, ISNIN 05 Mac, 2012: Syarikat penerbangan komuniti, Firefly, unit milik penuh Malaysia Airlines (MAS), menafikan desas-desus bahawa syarikat itu akan menamatkan operasi penerbangan bagi memberi lebih banyak laluan kepada AirAsia, sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran saham antara syarikat penerbangan negara dan syarikat penerbangan tambang rendah itu.
"Kami kekal beroperasi dan akan berkembang. Kami tidak akan menghentikan penerbangan,” kata Ketua Pegawai Operasi (jarak dekat) MAS, Ignatius Ong, pada taklimat media di sini hari ini.
Beliau berkata, Firefly bukannya syarikat penerbangan tambang rendah dan oleh itu keputusan perniagaannya tidak ada kaitan dengan AirAsia.
"Apa yang kami lakukan ialah menamatkan operasi jet dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Selain itu, kami sentiasa mengenal pasti kemungkinan untuk berkembang,” katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment