My Add

Sunday 4 March 2012

Formula selesai kemelut pimpinan Kedah diumum esok

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 Mac, 2012: Pas Pusat akan   mengumumkan esok formula penyelesaian kemelut pimpinan  Kerajaan Kedah.

Formula itu, khabarmya dicapai pada mesyuarat khas yang berlarutan hampir 5 jam berakhir jam 3 pagi tadi.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali (gambar) memberitahu Harakahdaily tengah hari tadi, malam tadi, perbincangan mencari formula penyelesaian isu Kedah berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, Alor Setar.

Katanya, pertemuan tersebut adalah antara Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dengan Badan Perhubungan Pas Kedah, dipengerusikan sendiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Isunya berkaitan keenganan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.

Phahrolrazi dan Dr Ismail adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri I dan II manakala Azizan, Pesuruhjaya Pas Kedah.


No comments:

Post a Comment