My Add

Tuesday 6 March 2012

Generasi muda Orang Asli diberi latihan industri binaan

BATU PAHAT, SELASA, 06 Mac, 2012: Generasi muda masyarakat Orang Asli akan diberi latihan dalam bidang pembinaan termasuk penggunaan Sistem Binaan Industri (IBS), kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan mereka menceburi bidang kontraktor binaan terutama projek di bawah kementerian itu.

"Kita mahu mereka bukan sahaja mendapat latihan dalam bidang binaan tetapi mendapat peluang dalam kontrak binaan yang dilaksanakan di bawah kementerian ini,” katanya pada majlis serah kunci projek penempatan tersusun Kampung Sungai Banang, Mukim Minyak Beku di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment