My Add

Thursday 15 March 2012

Guan Eng perlu jawab kritikan CAP

PULAU PINANG, RABU, 14 Mac , 2012: Tindakan Lim Guan Eng menyalahkan Barisan Nasional (BN) selepas dikritik hebat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tidak menghairankan kerana ia disifatkan sebagai tabiat semula jadi Ketua Menteri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) berkata, Guan Eng sepatutnya hanya menjawab perkara yang berkaitan dengan cara pentadbiran dan dasar kerajaan DAP Pulau Pinang dan bukan mengaitkannya dengan pihak lain.

Menurutnya, Guan Eng sejak dari dulu memang dikenali sebagai pemimpin politik yang suka memutarbelitkan kenyataan untuk ‘melepaskan’ diri.

“Dia (Guan Eng) kena jawab kritikan CAP, jangan kaitkan dengan BN.

“Ini memang kerja dia, suka buat kenyataan putar belit,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment