My Add

Thursday 15 March 2012

Hala tuju pendidikan negara: pandangan rakyat dihargai

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Mac, 2012: Pandangan, maklum balas dan idea dari rakyat akan menjadi sebahagian daripada pembentukan laporan hala tuju dan pelan strategik sistem pendidikan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambil menyifatkan proses penglibatan bersama rakyat itu sangat penting dalam penggubalan hala tuju sistem pendidikan negara, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dialog pendidikan kebangsaan akan dilancarkan bagi membolehkan rakyat melibatkan diri dalam usaha merangka pelan strategik tersebut sebelum ia dimuktamadkan pada akhir tahun ini.

Beberapa pendekatan akan dilaksanakan bagi mendapatkan penglibatan rakyat iaitu seperti melalui forum, sesi meja bulat, kaji selidik dan media sosial, katanya dalam satu pertemuan dengan pengarang-pengarang media di sini, hari ini.

Jelas beliau, dialog itu akan mengambil kira keseluruhan kumpulan dan golongan termasuk guru, kesatuan, murid, pelajar, belia, industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau menambah, hasil dapatan kajian dan dialog akan diumumkan kepada rakyat pada Ogos ini.

Selepas itu, kata beliau, hasil dapatan itu akan dibentangkan pada Hari Terbuka untuk mendapatkan lebih banyak pandangan rakyat sebelum laporan dimuktamadkan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment