My Add

Friday 9 March 2012

Handal peroleh kontrak bekalan pertama di Indonesia

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Penyedia dan pembina kren luar pantai bersepadu, Handal Resources Bhd menerima surat anugerah untuk membekalkan tiga unit kren kekaki luar pantai bernilai AS$945,000 (US$1:RM3).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Handal berkata, kontrak itu diberikan oleh PT Guna Tesuma Internasional dari Indonesia kepada unitnya, Handal Offshore Services Sdn Bhd yang mengeluarkan kren di bawah jenama Seacrane.

Di bawah terma surat anugerah itu, Handal Offshore diminta menyediakan ketiga-tiga kren itu kepada Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta, pada akhir Ogos 2012.

Krien K30-60 Seacrane akan dipasang di West Madura offshore Block, yang dimiliki oleh PT Pertima dan Kodeco Energy Co. Ltd dari Korea.

Kren kekaki digunakan dalam pemunggahan kapal, pemindahan paip dan dek serta operasi mengangkat di dasar laut.

Penasihat dan Timbalan Pengarah Urusan Handal Resources Group, Joel Emanuel Heaney berkata, projek itu akan mengukuhkan lagi dan mengembangkan profil kumpulan sebagai penyedia dan pembina kren luar pantai bersepadu penuh yang diperakui American Petroleum Institute, di rantau ini.

"Ia akan membolehkan kami memanfaatkan pasaran Indonesia yang semakin berkembang pesat,” katanya sambil menambah Indonesia memiliki rizab minyak bersamaan 4.2 bilion tong dan menyumbang hampir 1.2 peratus daripada jumlah pengeluaran minyak global. — BERNAMA
a

No comments:

Post a Comment