My Add

Friday 16 March 2012

Hantar SMS ugutan kepada ibu Dirang: Bekas tentera diberkas

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KOTA BHARU, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Polis Kelantan menahan seorang bekas tentera di rumahnya di Kampung Belukar, Pulai Chondong, Machang di sini kira-kira pukul 3 pagi tadi selepas suspek disyaki sebagai individu yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan pada 8 Mac lalu kepada Roselyn Alan, ibu kepada kanak-kanak yang dibunuh kejam, Nurul Nadirah Abdullah di Johor Bahru.

Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas tiga telefon bimbit termasuk salah satunya yang digunakan suspek ketika menghantar sms tersebut kepada Roselyn.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek direman selama tiga hari Ahad depan dan akan diserahkan kepada polis Johor hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment