My Add

Saturday 17 March 2012

Hanya 10.7% syarikat senarai awam milik bumiputera

KUALA LUMPUR, SABTU, 17 Mac, 2012: Hanya 101 atau 10.7 peratus daripada 941 syarikat senaraian awam (PLC) yang disenarai di Bursa Malaysia sehingga 31 Disember lepas milik bumiputera, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Daripada 101 syarikat berkenaan, hanya 75 syarikat yang mencatatkan keuntungan.

Beliau berkata, jumlah itu perlu dipertingkat kerana penyenaraian di Bursa Malaysia bukan sahaja menguntungkan sesebuah syarikat, malah meletakkan kaum bumiputera setanding dengan kaum lain di negara ini.

"Kita harap lebih ramai kaum bumiputera dapat mengetahui tentang pasaran modal, pasaran saham dan segala yang berkaitan dengan sekuriti kerana ia sebenarnya menguntungkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat agung Persatuan Remisier Bumiputera (Pribumi) ke-17 dan pelancaran buku “Icon Bumiputera PLC 2011” di sini, hari ini.

Ahmad berkata, syarikat bumiputera seharusnya memanfaatkan pelbagai peluang dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan termasuk “Skim Jejak Jaya Bumiputera”, iaitu skim yang menjejak kejayaan bumiputera untuk menambah bilangan syarikat yang boleh disenarai di Bursa Malaysia.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment