My Add

Saturday 17 March 2012

Harga barang Coop 1Malaysia diseragam di seluruh negara

KOTA KINABALU, SABTU, 17 Mac, 2012: Rakyat Sabah dan Sarawak akan menikmati harga barangan Coop 1Malaysia yang sama seperti yang ditawarkan di Semenanjung, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk meringankan beban rakyat akibat kenaikan harga barangan keperluan dan kos sara hidup khususnya di Sabah dan Sarawak.

"Di mana-mana kita pergi, kita jumpa pemimpin Sabah dan Sarawak yang membangkitkan isu harga barangan yang mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.

"Sebab itu, kita wujudkan Coop 1Malaysia bagi menangani masalah ini, dan saya ingin umumkan di sini bahawa harga barangan Coop 1Malaysia adalah seragam di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pusat pengedaran Koperasi Perkhidmatan Awam Sabah Berhad (KHIDMAT) di Luyang, dekat sini hari ini.

Produk Coop 1Malaysia adalah rangkaian barangan kegunaan harian yang kebanyakannya keluaran koperasi dan usahawan IKS tempatan, yang dikumpul serta dibungkus semula dan diedarkan oleh Felda Trading Sdn. Bhd. (FTSB) iaitu syarikat subsidiari milik penuh Koperasi Permodalan Felda Berhad.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment