My Add

Friday 16 March 2012

Harga keamanan tidak dapat dinilai: Tiki Lafe

TAWAU, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Kerajaan akan terus berusaha membina generasi muda bersem6an M6sesebuah negara tidak dapat dinilai dengan wang ringgit, kata Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr Tiki Lafe.

Beliau berkata, kerajaan sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mewujudkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) semata-mata untuk melahirkan generasi muda yang cintakan negara, sekali gus mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu.

"Pepatah Melayu ada mengatakan 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Inilah pendekatan yang digunakan bagi memastikan hasrat tersebut dapat dicapai,” katanya pada majlis penutupan PLKN, Kumpulan 1 Siri 9/2012 di Kem PLKN San Shui di sini hari ini.

Seramai 372 pelatih terdiri daripada 198 wira dan 174 wirawati berjaya menamatkan latihan mereka dan peserta yang berasal dari Kuala Lumpur, Muhammad Syawal Azmi dipilih sebagai pelatih terbaik keseluruhan.

Dr Tiki berkata, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk terus mengekalkan suasana keharmonian dan keamanan yang dikecapi negara pada hari ini.

Beliau berkata, semasa berada di kem PLKN, peserta wira dan wirawati berpeluang berinteraksi dengan rakan mereka yang berbeza latar belakang kaum, budaya dan kepercayaan dan ini amat membantu dalam usaha membina sikap saling mengenali.

"Ketidak fahaman mengenai perbezaan kaum, budaya dan agama boleh memecah belah masyarakat, seterusnya membuka ruang kepada pencerobohan minda oleh anasir luar," katanya.

Kerajaan, katanya, mewujudkan Briged Sukarelawan Khidmat Negara untuk memberi ruang kepada bekas pelatih PLKN untuk terus menyumbang tenaga dan berbakti kepada masyarakat sekiranya berlaku bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment