My Add

Saturday 10 March 2012

Hari Polis Ke-205 disambut malam 24 Mac

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, SABTU, 10 Mac, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menampilkan kelainan sempena Sambutan Hari Polis Ke-205 tahun ini apabila ia akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada malam 24 Mac ini.

Ini merupakan kali pertama PDRM merancang mengadakan sambutan hari bersejarah itu pada waktu malam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya memilih untuk mengadakan sambutan pada sebelah malam bagi membolehkan acara `countdown’ menjelang 25 Mac yang merupakan tarikh sambutan Hari Polis dilakukan.

Beliau berkata, pelbagai acara menarik akan disusun bagi memeriahkan sambutan tersebut termasuk perarakan, pertunjukkan dan pameran yang disertai anggota polis daripada pelbagai jabatan dalam PDRM di seluruh negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment