My Add

Monday 12 March 2012

HFMD: 3 tadika ditutup di Labuan, 5 dirawat di hospital

LABUAN, ISNIN, 12 Mac, 2012: Tiga tadika di pulau ini diarah tutup, manakala lima kanak-kanak kini menerima rawatan di hospital ekoran penyakit tangan, kaki dan mulut (HDMD).

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Zaini Hussin berkata, sejak enam minggu lepas sebanyak 154 kes HFMD dilaporkan terutamanya di kalangan kanak-kanak.

"Sehingga kini lima kanak-kanak sedang dirawat di hospital manakala mangsa selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

"Kebanyakan kes yang direkodkan melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah,” katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun katanya, penyakit itu kini terkawal dan langkah-langkah pencegahan telahpun diambil.

Sehubungan itu, Dr. Zaini menasihatkan ibu bapa supaya segera membawa anak-anak mereka ke hospital sekiranya menunjukkan tanda-tanda dan gejala penyakit itu seperti demam diikuti ruam pada tangan, kaki dan mulut serta lidah, selain mengalami muntah, cirit birit dan juga kurang selera makan.

Katanya, sehingga kini tiada kematian dilaporkan di Labuan akibat penyakit itu.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment