My Add

Tuesday 13 March 2012

Imam maut, lelaki bakar masjid di Brussels

SEORANG lelaki tempatan menunjukkan akhbar yang memaparkan gambar imam Sheik Abdullah (tengah) ketika mereka berkumpul di jalanan berikutan insiden serangan bom api membakar Masjid Rida Shiite di Anderlecht, barat Brussels, Belgium, awal pagi tadi. Imam berusia 47 tahun itu meninggal dunia selepas sesak nafas akibat asap di masjid berkenaan. - Foto EPA

BRUSSELS, SELASA, 13 Mac, 2012: Seorang lelaki bertindak membakar masjid di sini sehingga menyebabkan imam berusia 47 tahun meninggal dunia dan seorang lagi mengalami kecederaan serta merosakkan sebahagian besar struktur binaan berkenaan.

Polis mengesahkan lelaki yang meninggal dunia itu adalah imam apabila bom api dibaling ke dalam Masjid Rida Shiite, masjid terbesar daripada empat masjid Syiah di Brussels dan kawasan sekitarnya.
Imam itu yang dilahirkan pada 1965, sesak nafas akibat asap di masjid berkenaan. - AFP

No comments:

Post a Comment