My Add

Wednesday 7 March 2012

Indeks jenayah turun 15 peratus: KDNKA

GEORGETOWN, RABU, 07 Mac, 2012: Indeks jenayah seluruh negara untuk dua bulan pertama tahun ini mencatatkan penurunan sebanyak 15.4 peratus, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Salleh Mat Rasid. 

"Pada tempoh Januari dan Februari tahun lalu, sebanyak 26,719 kes dilaporkan, tetapi untuk tahun ini jumlah kes itu berjaya diturunkan kepada 22,596," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau yang ditemui selepas melakukan lawatan ke Pasar Awam Sungai Ara berkata, penurunan ketara indeks jenayah itu adalah hasil kerjasama polis dengan pelbagai pihak termasuk kehadiran lebih ramai anggota pasukan keselamatan di kawasan tumpuan.

Salleh berkata, indeks jenayah Pulau Pinang juga mencatatkan penurunan sebanyak 21.4 peratus bagi Januari dan Februari tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 

Sebanyak 1,288 kes dilaporkan sepanjang tempoh itu tahun ini berbanding 1,638 kes tahun lalu, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment