My Add

Tuesday 6 March 2012

Industri herba dijangka sumbang RM2.2 bilion menjelang 2020

MELAKA, SELASA, 06 Mac, 2012: Industri herba yang sedang berkembang pesat di negara ini dijangka dapat menyumbang kira-kira RM2.2 bilion kepada pendapatan negara kasar menjelang tahun 2020 kata, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata, perkembangan positif program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) itu dijangka dapat mewujudkan 1,800 peluang pekerjaan, 300 usahawan herba baharu dan meningkatkan pendapatan kira-kira 1,500 petani di negara ini.

Ini disebabkan industri herba kini merupakan antara industri penting dalam pembangunan makanan kesihatan di negara ini, dengan nilai pasaran dunia untuk produk berasaskan herba berjumlah RM777 bilion pada 2009, dan dijangka meningkat melebihi RM2 trilion menjelang 2020.

"Pasaran industri herba tempatan pula berpotensi berkembang sebanyak 15 peratus setahun, dengan nilai pasaran negara meningkat daripada RM7 bilion pada 2010 kepada kira-kira RM29 bilion pada 2020,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Teknologi Makanan (NFTS) 2012, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment