My Add

Tuesday 20 March 2012

Insentif RM100 untuk warga pusat pemulihan AADK

 PUTRAJAYA, SEASA, 20 Mac, 2012:: Seramai 2,576 warga kerja Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang bertugas di 28 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) dan Klinik Cure and Care 1Malaysia akan mendapat elaun khas RM100 sebulan mulai tahun ini. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, elaun itu yang berkuatkuasa 1 Januari lalu akan mula dibayar tidak lama lagi.

"Ia adalah hadiah yang ditunggu-tunggu oleh semua pegawai AADK. Ini kerana AADK memperjuangkan permohonan elaun terbabit selama 16 tahun," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang AADK di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment